family keylogger software how to catch a cheating wife or girlfriend here here blackberry tracking software how do you know your wife cheated software to monitor employees online tracking mobile here text message tracking online cheating spouse child custody tracking mobile number site ways to catch your boyfriend cheating link site wifes first cheat file monitoring software catch cheating spouse track your spouse app call tracking number track wife having affair site free apps to track text messages
Hubungi Kami

Bahagian Perlindungan
Jabatan Perdana Menteri
Karung Berkunci No.204
43650 BANDAR BARU BANGI
Selangor Darul Ehsan

No. Talian Am : 03-8947 7800
No. Faks: 03-8948 3323
Emel:
pendaftar_bpjpm@ups.gov.my
(pertanyaan/permohonan Program Perlindungan Saksi)
 
 info@ups.gov.my
(pertanyaan lain)

Program Perlindungan Saksi

 

1. Apakah program perlindungan saksi?

Program perlindungan saksi adalah program yang diwujudkan di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009 (Akta 696). Program ini menjanjikan perlindungan keselamatan dan bantuan kepada saksi yang menghadapi ancaman keselamatan terhadap diri, keluarga dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya ekoran dari tindakannya memberi maklumat kepada mana-mana pihak berkuasa penyiasatan dan/atau memberi keterangan di mahkamah mengenai sebarang kegiatan atau perbuatan jenayah/kesalahan yang diketahuinya atau telah disaksikannya.

 

2. Apakah tujuan program ini dilaksanakan?

Untuk menggalak dan memberi keyakinan kepada masyarakat umum untuk tampil ke hadapan membantu pihak berkuasa membanteras dan menangani masalah jenayah/pelanggaran undang-undang tanpa perlu berasa takut dan risau tentang soal keselamatan.

 

3. Siapakah yang layak memohon untuk menyertai program ini?

Menurut Seksyen 7,

- Mana-mana saksi boleh memohon untuk dimasukkan ke dalam Program.

- Mana-mana agensi penguatkuasaan, dengan keizinan bertulis saksi, boleh memohon supaya saksi dimasukkan ke dalam Program.

- Jika saksi di bawah umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaga saksi boleh memohon bagi pihaknya untuk dimasukkan ke dalam Program.

 

4. Apakah kriteria pertimbangan permohonan ke program ini?

Menurut Seksyen 9,

- Sama ada saksi itu mempunyai rekod jenayah, terutamanya berkenaan dengan jenayah keganasan dan sama ada rekod itu menunjukkan suatu risiko kepada orang awam jika saksi itu dimasukkan ke dalam Program.

- Keputusan pemeriksaan perubatan, psikologi dan psikiatrik yang dijalankan di bawah subseksyen 8(2).

- Keseriusan kesalahan yang dimaksudkan oleh keterangan atau pernyataan saksi itu.

- Jenis dan kepentingan keterangan atau pernyataan saksi itu.

- Sama ada terdapat kaedah alternatif untuk melindungi saksi itu.

- Jenis bahaya yang diandaikan kepada saksi itu, jenis hubungan saksi itu dengan saksi lain yang dipilih untuk dimasukkan ke dalam Program; dan

- Apa-apa perkara lain yang didapati berkaitan oleh Ketua Pengarah

 

5. Apakah prosedur kemasukan ke dalam program ini?

Menurut Seksyen 10,

- Setelah menimbangkan semua faktor, Ketua Pengarah akan mengesyorkan sama ada saksi boleh dimasukkan ke dalam Program Perlindungan Saksi ataupun tidak.

- Setiap syor oleh Ketua Pengarah hendaklah diserahkan kepada Peguam Negara

- Peguam Negara akan menerima syor itu dan memutuskan sama ada pemohon layak atau tidak untuk menyertai Program perlindungan saksi.

- Sekiranya pemohon atau mana-mana yang terkilan dengan keputusan Peguam Negara, dia boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penerimaan keputusan.

- Jika terdapat sebarang rayuan;

a)Peguam Negara hendaklah mengemukakan alasan keputusannya beserta syor Ketua Pengarah kepada Menteri.

b)Jika pemohon telah diberikan perlindungan sementara oleh Ketua Pengarah, maka perlindungan ini hendaklah diteruskan sehingga keputusan rayuan dibuat oleh Menteri

Apabila menerima rayuan, Menteri hendaklah membuat keputusan terhadap rayuan itu.

 

6. Apakah bentuk perlindungan/bantuan kepada peserta program ini?

Menurut Seksyen 13, Seseorang yang diterima masuk dalam program Perlindungan Saksi (Peserta) akan diberikan perlindungan keselamatan dan bantuan berlandaskan prinsip perlu dan munasabah. Bantuan:

- Penyediaan tempat tinggal

- Penempatan semula

- Pekerjaan baru/pendidikan

- Saraan (bukan sebagai ganjaran)

- Identiti baru (Dengan kebenaran bertulis peserta)

 

7. Mengapakah seseorang peserta boleh ditamatkan daripada menyertai program ini?

Menurut Seksyen 16,

- Peserta itu telah memberikan maklumat yang diketahuinya adalah palsu atau mengelirukan.

- Kelakuan peserta itu adalah, pada pendapat Ketua Pengarah, berkemungkinan menjejaskan integriti Program.

- Hal keadaan yang menimbulkan keperluan bagi perlindungan dan bantuan bagi peserta itu tidak lagi wujud.

- Pada pendapat Ketua Pengarah, tiada justifikasi yang munasabah bagi peserta itu terus berada dalam Program.

- Penyertaan dalam Program Perlindungan Saksi juga boleh ditamatkan sendiri oleh Peserta dengan memberi notis bertulis kepada Ketua Pengarah agar penyertaannya ditamatkan oleh Peguam Negara.

- Ketua Pengarah akan menyediakan syor mengenai permohonan tersebut untuk dipanjangkan kepada Peguam Negara

- Peserta yang terkilan dengan keputusan Peguam Negara boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh 14 hari dari terikh penerimaan keputusan

ccc

Carian
Calendar
Statistik Pengunjung
  • Jumlah Pengunjung:
  • IP anda: 3.93.74.227
Tarikh Kemaskini
  • 27-Jun-2019  09:15 am